The Genius Business Leader

desc

 

HMN Nadhir Sdn Bhd

Founder Awang Habiburllah Bin Awang Ismail
Industry Construction & ICT
Year Started 2012
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

The Genius Business Leader

Awang Habiburllah Bin Awang Ismail is the eldest in a family that came from humble and modest roots in Kuching, Sarawak. From an early age, he learned the values of hard work and perseverance, and gained early exposure to business when he helped his mother sell homemade Nasi Lemak.

He graduated from Institute of Technology MARA with an Applied Science Diploma and obtained his first job at a computer firm earning RM700 per month after graduating. His journey towards success began when he found out about the 30-day Entrepreneurship Development Program (EDP) Series 5 organised by MARA. It was also at this point that his entrepreneurial spirit was first tested.

His employer would not allow him leave from his work to attend the course. And thus he took his very first step towards success. He handed in his resignation letter. To him, attending the entrepreneurship programme was more important than keeping his regular job. He badly needed the regular salary but he had bigger hopes to create a better future for himself. He knew he was destined for bigger things.

Upon finishing the entrepreneurship course, he started his foray into the business world. He had a total of RM300 in his savings. He used the money to register his first company as well as pay for his trading license. His company Cybertech Information System provided computer and electrical services. He chose the computer business in order to leverage what he already leaned from his experience in the industry.

It was a very difficult beginning for the budding entrepreneur. This was in 1999, just after the Asian currency crisis and, like most businesses during this time, he struggled to keep his business going. But he had no choice - he had put everything he had into his venture - he was determined to persevere. He saved costs by conducting his business from home, and would ride around Kuching on his old motorcycle, canvassing shops and offices for business. He got turned away numerous times because he was just a small operator, an unknown. He never gave up though, and put his heart and soul into each and every interaction with his potential clientele. His earnestness and honesty shone through and he gradually built his business up. He grabbed every business opportunity that came his way and his business grew, branching out from computer services into information technology product sales.

With a few years of success behind him, he decided that it was time to take his next step. He decided to leverage on the training and experience of his brother who was a civil engineer. In January 2003, he ventured into the construction industry with the formation of HMN Nadhir Sdn Bhd which was initially registered under the F class. Due to his determination, business acumen and leadership skills, by 2009 the company had upgraded to A Class. Due to rapid economic development, he was able to take advantage of many opportunities that came his way. The company diversified and expanded into maintenance and landscaping services. In 2007 the company conducted an Information and Communication Technology (ICT) audit in 1,430 schools throughout the Sarawak state for the Ministry of Education, and implemented the PPSMI project (Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris) across Sarawak. In 2012, HMN Nadhir Sdn Bhd was entrusted by the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry to successfully complete a construction project, Medan Niaga Satok, in Kuching. This project served as another milestone for the company.

The company subsequently ventured into rice wholesaling and retailing by registering HMN Nadhir Sdn Bhd as an owner of a rice wholesaling license. The company now owns three factories in an industrial area at Demak Laut Industrial Estate. Envisioning great potential in this business, the company invested RM 1.37 million in rice packaging machines, which enables them to package Beras Nasional rice for 17 companies under the ‘Sistem Payung’ program. The company is also responsible for packaging rice for COOP 1Malaysia shops and KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia) in Sarawak.

Today, the company has a workforce totalling 350 employees and revenues of over RM 40 million per year. To navigate the business world successfully, he needs more than just an eye for business opportunities. He needs to be able to depend on his employees. He is able to do this successfully due to his talent in staff management. Awang Habiburllah realises that the company’s workforce is the most important determinant of his success and considers manpower to be the backbone of any successful company. He is always involving his employees in decision-making and welcomes new and innovative suggestions and ideas for improvements. He even hopes to train his employees to become entrepreneurs and transform them into future business partners. "I'm not looking for a hard laborer, I’m trying to create my future business partners" is his famous quotation.

Awang Habiburllah?s entrepreneurship has been widely recognised by other industry leaders and the Government. HMN Nadhir Sdn Bhd was selected in the first group of 30 Bumiputera companies for Program Teras: Syarikat Berprestasi Tinggi in November 2012. It was the first Bumiputera company in East Malaysia (Sarawak and Sabah) to be included in the core program. The success of En. Awang Habiburllah has all the ingredients of a classic Malaysian rags-to-riches story, one in which hard work and an entrepreneurial spirit enables a person from humble beginnings to climb the ladder to great business achievements.

Pemimpin Perniagaan Yang Genius

Awang Habiburllah Bin Awang Ismail merupakan anak sulung di dalam sebuah keluarga yang serba sederhana yang bermastautin di Kuching, Sarawak. Dari usia yang muda beliau mempelajari nilai ketekunan dan ketabahan, dan juga terdedah kepada dunia perniagaan semasa membantu ibunya menjual nasi lemak.

Beliau mendapat diploma dalam bidang sains dari Institut Teknologi MARA dan mendapat pekerjaannya yang pertama di sebuah syarikat komputer dengan gaji RM700 sebulan. Perjalanannya ke arah kejayaan bermula pada suatu hari apabila beliau mendapat tahu bahawa MARA akan mengadakan program pembangunan usahawan. Cabaran pertamanya menjelma apabila syarikatnya tidak memberinya kebenaran untuk mengambil cuti sepanjang 30 hari yang diperlukan untuk menyertai program tersebut. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Walaupun amat memerlukan gaji tetap dari pekerjaannya, beliau memiliki harapan untuk membina masa depan yang lebih baik.

Selepas kursus tersebut, Awang Habiburllah mula mengorak langkahnya. Beliau memiliki simpanan sejumlah hanya RM300. Duit ini digunakan untuk mendaftarkan syarikatnya yang pertama, dan juga untuk membayar lesen perniagaan. Cybertech Information System menyediakan perkhidmatan komputer dan elektrikal. Beliau memilih bidang ini supaya dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang telah ditimba di syarikat lamanya.

Pada ketika itu keadaan amat mencabar. Pada tahun 1999 banyak perniagaan yang teruk terjejas akibat krisis matawang Asia. Namun beliau tidak memiliki apa-apa pilihan - beliau telah mempertaruhkan segala yang dimilikinya, beliau tabah berdepan dengan keadaan. Beliau menjimatkan perbelanjaan dengan beroperasi dari rumahnya. Beliau melawat kedai dan pejabat di seluruh kawasan Kuching untuk mendapatkan perniagaan. Banyak kali kegagalan mencabar kesungguhannnya - syarikatnya kecil dan tidak dikenali. Namun beliau tidak pernah mengalah. Setiap interaksi dengan pelanggan ataupun bakal pelanggan diberi layanan penuh semangat. Kerana kesungguhan dan kejujurannya, perniagaannya beransur naik. Setiap peluang disambar, dan syarikatnya mula berkembang ke dalam bidang produk teknologi maklumat.

Dengan kejayaan ini, beliau mula mengorak langkah seterusnya. Kepakaran adiknya sebagai seorang jurutera awam menjadi fokus. Pada Januari 2003, HMN Nadhir Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pembinaan kelas F. Bersandarkan ciri-ciri keusahawanannya, syarikatnya berjaya memiliki lesen Kelas A pada tahun 2009. Pembangunan ekonomi yang pesat memberinya peluang untuk menyambar pelbagai jenis peluang perniagaan. Syarikatnya menyertai bidang penyelenggaraan dan landskap. Pada 2007, syarikatnya menjalankan audit ICT di 1,430 sekolah di seluruh negeri Sarawak, dan seterusnya melaksanakan projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris di seluruh Sarawak. Pada 2012, HMN Nadhir Sdn Bhd telah menjayakan projek pembinaan Medan Niaga Satok di Kuching untuk Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

Seterusnya HMN Nadhir Sdn Bhd menyertai bidang pemborongan dan penjualan beras. Syarikatnya kini memiliki tiga kilang pemprosesan beras di Kawasan Periundustrian Demak Laut. Sejumlah RM1.37 juta dilaburkan untuk membeli mesin pembungkusan beras yang membolehkannya untuk membungkus beras untuk 17 syarikat di bawah program Sistem Payung. Syarikat ini juga membuat pembungkusan beras untuk koperasi kedai 1Malaysia dan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia) di Sarawak.

Kini syarikatnya memiliki sejumlah 350 pekerja dan pendapatan sejumlah RM40 juta setahun. Untuk mengharungi dunia perniagaan, Awang Habiburllah banyak bergantung kepada pekerjanya. Beliau cemerlang dari segi pengurusan sumber manusia. Menyedari pentingnya pekerjanya terhadap kejayaan syarikat, beliau senantiasa melibatkan mereka di dalam proses pengurusan dan mengalu-alukan cadangan yang boleh memajukan lagi prestasi syarikat. Beliau melatih pekerjanya untuk menjadi usahawan, dengan harapan suatu hari nanti mereka akan menjadi rakan dalam perniagaan.

Kejayaan Awang Habiburllah kini diiktiraf oleh pemimpin perniagaan lain dan juga kerajaan. Pada November 2012, HMN Nadhir Sdn Bhd telah dipilih di dalam kumpulan pertama 30 syarikat bumiputera untuk menyertai Program TERAS: Syarikat Berprestasi Tinggi. Ia merupakan syarikat Bumiputera yang pertama dari Sarawak dan Sabah yang menyertai program ini. Kejayaan Awang Habiburllah merupakan sebuah kisah kejayaan usahawan yang klasik, dari permulaan yang kecil dan susah sehinggalah mencapai kejayaan kini. Sememangnya semangat ketabahan dan jiwa keusahawanan pada seseorang itu mampu membawa seseorang itu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

?