Homecoming Success Story

desc

 

Rintiz Rezky (M) Sdn Bhd

Founder Mazlan Zainal & Normah Omar
Industry Construction, Hotel, F&B
Year Started 2005
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

Homecoming Success Story

Mazlan and Normah met and fell in love in their hometown of historic Malacca, and had beautiful memories of their early days walking on the banks of the Malacca River. This is the story of how the couple went out into the world seeking to build a successful life together only to end up making it big in the place where they truly belong.

Mazlan is a civil engineering graduate from the USA and built up a solid reputation while working with some large companies including the Renong Group. Normah has a background in accountancy and started her career in a construction company where she quickly learned valuable lessons in entrepreneurship. Both took home a comfortable amount of money every month, but felt that they could do better. In 1997, they decided to resign from their jobs and start their own business. Having seen others achieve success and enjoy a good life by going into business, they had high hopes for themselves as well.

They took out loans to purchase tipper trucks which they hoped to rent to construction companies. Here was where they encountered their first setback - they chose an industry in which they had no experience. Although it was still in the construction industry, they had no idea of the ins and outs of the tipper truck business. To further compund the problem, it was the year of the infamous '97 economic crisis. Businesses were closing and going bankrupt all around them. They were left with no income and were facing loan repayments.

Money soon ran out. They could not afford to have proper meals, they were even having problems buying formula milk for heir baby. Their car was was on the verge of being repossesed. It was truly a dark time for them. At this stage, they had no choice but to hang on and hope for better days. They displayed the classic trait of entrepreneurs by going around looking for job or business opportunities. Their diligence and perseverence gave them a fighting chance to make it thorugh the crisis.

Light emerged at the end of the dark period when a former colleague of Mazlan's opened the opportunity for them to get a highway maintenance contract. They quickly grabbed the chance and worked hard to fulfill their responsibilities. Mazlan had to drive his truck to go look for workers, and the couple adopted a hands-on approach to make sure they delivered their work well. Having finally got a foothold, things started to get even better when they managed to secure a contract to build a school. Soon after that, they received another job, this time to build a hostel. They had finally turned the corner. As 2008 came around, they found that they were suddenly amongst the select few who survived the crisis of '97, and there was now a shortage of construction companies to vie for the government jobs that was their staple business. They were suddenly handling three or four projects simultaneously.

It was during this time that they decided to return to their hometown. It was a place they cherished and loved, and more importantly, it was a place where they had many friends and acquaintances. It was a place that they felt confident in doing well. So in 2000 they took their business back to Malacca. They hit the ground running and were able to get a number of high profile jobs in the state. They were offered the opportunity to take over the lease of an old warehouse building by the Malacca River, which was located right in the middle of the state's major tourism area. But they needed a substantial amount of money to do so.

This was where the forethought of Normah paid dividends. From the early days when they started their business, Normah had always recognised that SME Bank was going to play a role in their story one day. She signed up for workshops and courses and got to know the Bank well. When the time came to look for financing assistance, she went to SME Bank and easily got the financing that was required, in this case an amount of RM1.3 million to get the lease of the warehouse. Today, the old warehouse has been replaced by a beautiful 3-star hotel overlooking the Malacca River.

Their business acumen led them towards a diversified approach which they hope will insulate them from the uncertainties of the economic environment. Besides their construction business and hotel, they built a cooking-oil packaging factory, a trendy western style restaurant, and they are even branching out into the plantation business. From a struggling beginning they now employ many dozens of talented people to manage and operate their many businesses, all the while driving the local economy of their beloved hometown. Mazlan and Normah now enjoy their hard-earned success, and look forward to a day when their children continue on this entrepreneurial journey that they started.

Kejayaan di Kampung Halaman

Mazlan dan Normah berkenalan dan jatuh cinta di kampung halaman mereka iaitu Melaka yang bersejarah; dan menyimpan memori indah ketika bersiar-siar di tebing Sungai Melaka. Ini adalah kisah bagaimana pasangan ini yang merantau jauh mencari kejayaan akhirnya menempa kejayaan besar di kampung halaman sendiri.

Mazlan merupakan graduan kejuruteraan awam dari Amerika Syarikat yang telah membina reputasi yang tegap ketika berkhidmat bersama beberapa syarikat besar, termasuk Kumpulan Renong. Normah pula memiliki latar belakang dalam jurusan perakaunan yang telah memulakan kerjayanya di sebuah syarikat pembinaan. Walaupun selesa dengan gaji yang dibawa pulang setiap bulan, mereka merasai bahawa mereka mampu mencapai tahap yang lebih tinggi. Pada tahun 1997, kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan memulakan perniagaan sendiri. Setelah melihat orang lain berjaya dalam perniagaan dan menikmati kehidupan yang baik, mereka juga yakin mampu melakukannya.

Mereka telah membuat pinjaman untuk membeli lori yang mereka rancang untuk disewa kepada syarikat pembinaan. Pada peringkat ini mereka telah menempa kerumitan awal - mereka telah memilih satu industri yang mana mereka tidak memiliki apa-apa pengalaman. Walaupun bekerja dalam dunia pembinaan, mereka tidak tahu langsung selok-belok perniagaan baru mereka. Dan lebih malang lagi, tahun itu merupakan tahun berlakunya Krisis Ekonomi '97. Berbagai perniagaan tutup dan muflis di sekeliling mereka. Mereka kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa pula membayar hutang.

Duit mereka kehabisan. Mereka bukan sekadar tak mampu membeli makanan, malah duit untuk membeli susu tepung untuk bayi mereka pun tidak mencukupi. Kereta mereka akan ditarik-balik bila-bila masa sahaja. Sesungguhnya ia satu masa yang sungguh gelap. Sampai ke tahap begini, mereka tidak memiliki apa-apa pilihan selain terus bertahan dan mengharapkan masa depan yang lebih baik. Mereka mempamerkan semangat keusahawanan dan berusaha untuk mencari peluang perniagaan. Ketekunan dan ketabahan ini telah memberikan mereka peluang untuk mengharungi krisis ini.

Cahaya mula kembali bersinar apabila seorang rakan kerja lama Mazlan membuka peluang untuk syarikatnya mendapat kontrak penyelenggaraan lebuhraya. Mereka tidak melepaskan peluang ini dan berusaha dengan rajin untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka. Mazlan terpaksa memandu lori sendiri untuk mencari pekerja, dan mereka menjaga perniagaan mereka dengan teliti supaya kerja disiapkan dengan baik. Akhirnya mereka dapat berpaut semula. Keadaan menjadi lebih baik apabila mereka berjaya mendapat kontrak membina sebuah sekolah. Sejurus selepas itu, mereka mendapat satu kontrak lagi, kali ini untuk membina sebuah asrama. Mereka telah melepasi krisis. Apabila tahun 2008 menyusul, mereka mendapati banyak syarikat pesaing telah tumbang dalam kegawatan tahun sebelumnya, dan mereka kini di antara segelintir syarikat yang masih beroperasi. Mereka mendapati amat kurang syarikat yang mampu mengambil kontrak kerja dari agensi kerajaan yang menjadi pendapatan utama mereka. Mereka tiba-tiba mengendalikan tiga atau empat projek secara serentak.

Pada masa ini mereka telah membuat keputusan untuk kembali ke kampung halaman yang disayangi dan lebih penting lagi, ia sebuah tempat di mana mereka memiliki ramai sahabat dan kenalan. Mereka yakin akan berjaya di sini. Pada tahun 2000, pasangan ini telah kembali untuk bertapak di Melaka. Mereka menikmati permulaan yang cemerlang dan telah mendapat sebilangan projek yang berprofil tinggi di Melaka. Mereka juga diberi peluang untuk mengambil alih pajakan sebuah bangunan gudang lama di tebing Sungai Melaka yang terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan utama Melaka. Tetapi mereka memerlukan duit yang banyak untuk berbuat demikian.

Di sini pandangan jauh Normah telah berbunga. Sejak awal penglibatan mereka dalam dunia perniagaan, Normah telah berjinak-jinak dengan SME Bank, dan yakin SME Bank akan memainkan peranan dalam kisah mereka satu hari nanti. Beliau menyertai bengkel dan kursus dan mengenali SME Bank dengan baik. Bila sampai masa untuk mencari sumber pembiayaan, beliau terus menghubungi SME Bank dan dengan mudah telah mendapat jumlah pembiayaan yang diperlukan, iaitu RM1.3 juta. Pada hari ini gudang lama tersebut telah digantikan dengan sebuah hotel 3-bintang yang indah di tebing Sungai Melaka.

Untuk memastikan daya tahan dalam perniagaan, mereka dengan bijak telah mempelbagaikan perniagaan mereka. Selain dari perniagaan pembinaan dan hotel, mereka telah membina sebuah pusat pembungkusan minyak masak, sebuah restoran ala barat yang bergaya, malah mereka juga sedang melibatkan diri di dalam perniagaan perladangan. Dari satu permulaan yang susah dan perit sekali, mereka kini mampu menggaji berpuluh bakat manusia untuk mengurus dan menjalankan kegiatan perniagaan mereka, dan pada masa yang sama menjana kegiatan ekonomi setempat di kampung halaman mereka yang tersayang. Mazlan dan Normah kini sedang menikmati kesenangan hidup yang diimpikan semasa muda dahulu, dan berharap anak-anak mereka akan menyambung perjalanan keusahawanan yang mereka telah cipta ini.