The Police Hero

desc

 

Maple Tricot Industries Sdn Bhd

Founder Khadmudin Bin Mohamed Rafik
Industry Textiles
Year Started 1993
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

The Police Hero

Growing up in a large 300 acre estate in Kajang, Selangor where his father was the manager, Khadmudin Bin Mohamed Rafik spent his early years observing his father do business. From an early age he learned how to look for business opportunities. As he grew up he became interested in law and told himself he would be a lawyer when he grew up. But as in the case of most successful businessmen, he had within himself a spirit of entrepreneurship waiting to awaken and do great things.

By the age of 21, Khadmudin was already making RM2,000 to RM3,000 a month trading in the coconuts from his father's estate. Although this gave him a great sense of achievement, he soon yearned to be independent, to build how own success story. At the age of 23, he decided to venture out into the world. His uncle who was in the Police Force suggested that he join the Police Force to gain experience and exposure. Having been drawn to law as a young boy, Khadmudin leapt at the opportunity and was appointed the rank of Probationary Inspector in the Special Branch. Little did he know of the heroic deeds he would be engaging in soon.

When he joined the Police Force in 1976, it was during the height of the communist insurgency. The Perak Chief of Police had just been murdered by the communists in front of a school in Ipoh. Nobody wanted to be posted to Perak which was at the heart of communist activity. In the Special Branch, only 15 out of 126 officers volunteered to go to Perak. Khadmudin was one of them. He was involved in special operations throughout in the jungles of Perak, fighting against communists who were infiltrating the orang asli communities. Khadmudin's first contact with the enemy was in a mining field in Gopeng during Ops Sitiawan, when his troops were engaged in a firefight with the communists. It was during these deadly situations that Khadmudin learned a vital life-changing lesson - focus was the number one factor that separated success from failure. He received numerous commendations and awards during his tenure in the Police Force including the Pingat Pertabalan Sultan Perak and Pingat Jasa Kebaktian. In 1981 he was promoted to Area Inspector and was transferred to Taiping. In the subsequent years he rose through the ranks, becoming a Prosecution Officer and Senior Investigating Officer before becoming the Head Prosecutor in Batu Pahat in 1991.

It was during the height of his career in the Police Force that his entrepreneurial spirit awoke again. He wished to provide a better income for his family, and so started to do what he used to in his younger days - look for business opportunities. He found out about a textile producing company where a good friend was working which was failing and was looking for a buyer. He bought over the company and installed his friend as the General Manager to help him manage the business. His General Manager remains with him until today. It was only in 1995 that he took up his optional retirement from the Police Force after 20 years of service. In 1996, he was able to finally actively participate in the running and building of his company.

When he first took over the company, it was basically a new start, as the business had run aground. Starting with a staff of 10 from the previous company, Khadmudin planned his business growth with careful consideration. He focused on achieving a minimum target of 10% growth annually and diversified his marketing. With the focus and determination that he honed over his impressive career he started to drive his business upwards. As his operations grew, he soon had to look for financing in order to achieve his growth targets. He chose SME Bank over other banks due to the favourable rates offered by SME Bank. The different types on financing available was also a decisive factor for him.

In 1997 when he badly needed to replace his ageing machinery, he was given a financing package totalling RM1.5 million to bring in new equipment from Germany. During those days of economic downturn, he was naturally worried about whether he would be able to meet the financing obligations. But his strategy of diversifying his markets paid off well, and his company was able to do quite well even through the economic downturn of 97-98 and achieve his target of 10% growth.

Maple Tricot Industries Sdn Bhd supplies textiles to the local and export markets, they sell to large regional manufacturers of branded apparels, they sell fabrics to local garment makers large and small, they supply to the government and GLCs on tenders, and even to small time fabric traders. Today the company boasts of close to a hundred workers running his facilities that are able to produce 100 + tons of fabric a month, and have even started to produce fabrics for the automotive industry. With his legendary focus, Khadmudin now looks forward to even higher peaks of achievement.

Wira Polis

Khadmudin Bin Mohamed Rafik membesar di sebuah estet seluas 300 ekar yang terletak di Kajang, Selangor. Dari usia muda, beliau telah memerhati ayahnya menjalankan perniagaan, dan belajar bagaimana mencari peluang perniagaan. Walaupun beliau menyimpan cita-cita untuk menjadi peguam apabila dewasa, seperti ramai ahli perniagaan yang berjaya, terdapat suatu semangat keusahawanan di dalam dirinya yang menunggu masa untuk bangkit dan mencapai kejayaan.

Pada usia 21 tahun, Khadmudin sudah pun mampu memperolehi pendapatan RM2-3 ribu sebulan dari aktiviti menjual-beli kelapa dari estet ayahnya. Walaupun bangga dengan kejayaan ini, beliau ingin lebih berdikari, untuk mencipta kejayaannya sendiri. Pada usia 23 tahun, Khadmudin melangkah keluar ke dunia. Pakciknya yang berkhidmat dengan Polis mensyorkannya untuk menyertai Pasukan Polis untuk menimba pengalaman dan pendedahan. Kerana minatnya dalam bidang undang-undang, beliau bersetuju dan telah diberi pangkat Inspektor Percubaan dengan unit Cawangan Khas. Apakah beliau sedar aksi wira yang bakal dipertunjukkannya kelak?

Semasa beliau menyertai Pasukan Polis pada tahun 1976, pengganas komunis sedang berleluasa. Ketua Polis Perak baru dibunuh di hapadan sebuah sekolah di Ipoh. Tiada yang ingin dihantar ke negeri Perak yang pada masa itu menjadi kawasan tumpuan aktiviti komunis. Di dalam Cawangan Khas hanya 15 daripada 126 orang pegawai menampilkan diri untuk bertugas di Perak. Khadmudin merupakan salah seorang daripada mereka. Beliau terlibat di dalam operasi khas menentang komunis yang sedang mensasarkan komuniti orang asli di dalam kawasan hutan di Perak. Pertempuran pertama Khadmudin dengan komunis berlaku di sebuah lombong di Gopeng dalam operasi bernama Ops Sitiawan. Pada saat-saat genting dan berbahaya ini Khadmudin mendapat pengajaran yang tak ternilai - bahawa fokus merupakan faktor paling utama yang membezakan antara kejayaan dengan kegagalan. Sepanjang kerjayanya beliau menerima pelbagai penghormatan termasuk Pingat Pertabalan Sultan Perak dan Pingat Jasa Kebaktian. Pada tahun 1981 Khadmudin dinaikkan pangkat menjadi Inspektor Kawasan dan dipindahkan ke Taiping. Pada tahun-tahun berikutnya beliau dinaikkan jawatan dari Pegawai Pendakwaraya ke Pegawai Kanan Penyiasatan dan akhirnya beliau memegang jawatan Ketua Pendakwaraya di Batu Pahat pada tahun 1991.

Semasa di kemuncak kerjayanya, semangat keusahawanannya bangkit semula. Beliau ingin mencari sumber pendapatan yang lebih baik untuk keluarganya, dan mula mencari peluang perniagaan, sebagaimana yang dilakukannya semasa muda dahulu. Seorang sahabat baik memberitahunya mengenai syarikat pembuat tekstil tempat dia bekerja, yang gagal dalam perniagaan dan sedang mencari pembeli. Khadmudin lantas membeli syarikat tersebut dan menjadikan sahabatnya Pengurus Besar untuk membantunya menguruskan syarikat. Pengurus Besarnya ini kekal bersamanya sehingga ke hari ini. Pada tahun 1995, setelah 20 tahun berkhidmat, Khadmudin bersara dari Pasukan Polis. Pada tahun 1996, beliau akhirnya secara aktif mengurus dan membina syarikatnya.

Pada ketika mengambil alih syarikat, ia dianggap sebagai permulaan yang baru, kerana perniagaan syarikat telah pun gagal sama sekali. Bermula dengan seramai 10 orang pekerja yang tinggal dari syarikat lama, Khadmudin merancang arah baru syarikat dengan prihatin. Beliau mensasarkan perkembangan tahunan sebanyak 10% dan mempelbagaikan pemasarannya. Berbekalkan fokus dan kegigihan yang diasah sepanjang kerjayanya, beliau mula meningkatkan prestasi perniagaannya. Tatkala operasinya berkembang, beliau terpaksa mencari sumber pembiayaan untuk mencapai sasaran perkembangan. Beliau memilih SME Bank berbanding bank lain kerana kadar SME Bank yang lebih memihak padanya. Kemudahan pembiayaan yang pelbagai juga menjadi faktor penting dalam membuat keputusannya.

Pada tahun 1997 SME Bank memberinya kemudahan pembiayaan sejumlah RM1.5 juta untuk membeli peralatan baru dari negara Jerman untuk mengganti peralatannya yang sudah usang. Pada masa yang tengah dilanda kegawatan itu, Khadmudin ada juga risau adakah beliau mampu menggalas beban kewangan ini. Namun strateginya untuk mempelbagaikan pemasaran terbukti berjaya, syarikatnya menunjukkan prestasi menggalakkan dan berjaya mencapai sasaran perkembangan 10% walaupun dalam kegawatan 1997-1998.

Maple Tricot Industries Sdn Bhd membekalkan produk tekstil kepada pasaran tempatan dan juga ekspot, mereka menjual kepada kilang pakaian berjenama yang besar, pengilang pakaian tempatan yang besar dan juga kecil, mereka membekalkan produk mereka kepada kerajaan dan juga GLC melalui tender, malah juga kepada peniaga kain kecil-kecilan. Kini syarikat ini memiliki seramai 100 orang pekerja yang berkhidmat di kilangnya yang mampu mengeluarkan tekstil lebih dari 100 tan sebulan. Mereka juga mula membuka pasaran ke industi automotif. Dengan fokusnya yang dikagumi, Khadmudin kini menjejak kejayaan yang lebih besar.