The Rise of Mr Cendol

desc

 

MrCendol (M) Sdn Bhd

Founder Mr Ling Wang Bang
Industry F&B
Year Started 2010
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

The Rise of Mr Cendol

Mr Ling Wang Bang is one entrepreneur who has done it all. Growing up in the small town of Ayer Tawar in Perak, he grew up with just one ambition – to become a successful businessman. At the tender age of 18 years of age he was already peddling chinese traditional herbs and medicines. A few years later he decided to become an insurance agent, trying to catch the growing wave of personal and life insurance at the time. His drive and determination helped him to success, within 5 years, at the young age of 28, he was already at managerial level. Where some might be sitting back to reflect on such personal success, Ling was just getting started. He improved himself by taking a distance-learning course in business management, and obtained his MBA. This is a man with a plan!

Always looking for opportunities, he next saw the next big thing in futsal which was growing in popularity. With help from his father who was a carpenter, he built his own futsal court. While waiting for business to pick up, he went around town looking for further business opportunities and found a garments factory that was willing to sell him rejected clothing for very low prices. He made good profits selling these around the area. In fact business was so good that he soon finished all the stocks he had, and there was no more to sell.

Thus far Ling had been able to do business without needing too much capital. This will soon change, as in 2005 he bought the recipe for making cendol from a friend who had been doing this roadside business since 1952. He set about looking for a way to make this latest endeavour a success. He decided to modernise this traditional business and so Mr Cendol was born. From the onset he took a gamble. Along with an investor/friend, he put in a total of RM30,000 to set up a small kiosk in a hypermarket in town. And so with just his cendol seller friend to help, Mr Cendol started business. And it was a success! In the first month the business made a turnover of RM6,000. It was a fresh, great concept and it was becoming popular. Six months later, when a new supermarket opened in town, he was approached to set up another outlet. So they confidently invested in a second kiosk. And their confidence was boosted further when response was even better than their first outlet.

By 2009, Mr Cendol had grown to a total of 7 outlets. As business grew, the problems began. He faced the same issues that other growing businesses faced – staffing, logistics and production. As business kept getting better, he needed more and more capital to sustain growth and demand. He needed a centralised production centre to become more efficient. He needed new equipment, in short, he needed money.

He started looking for financing options. He discovered that nobody at the banks had any time for him. When they did, he was not taken seriously. He spent 2 years fruitlessly trying to convince the banks to help. He finally found out about a bank called SME Bank in Ipoh and the rest, as they say, is history.

With SME Bank on board, Ling was able to build a 5,600 sq ft centralised kitchen from where all his products are produced. A training centre was set up to train staff in order to maintain high standards in quality. New outlets in strategic locations sprang up throughout the state of Perak, targeting high density and traffic areas such as Petrol Stations (i.e. Caltex, Esso & Petronas )and Hypermarkets ( i.e. Giant & Econsave ) and Mr Cendol was soon even opening outlets in neighbouring Selangor and Kuala Lumpur. Today Mr Cendol continues to come up with innovative products, such as ice blended cendol drinks and frozen take-aways which customers can take home to enjoy. They are starting to market their business as a franchise and have even registered their trademark in some overseas countries for business expansion in the future.

Kebangkitan Mr Cendol

Encik Ling Wang Bang merupakan seorang usahawan yang serba boleh. Berasal dari pekan kecil bernama Ayer Tawar di Perak, beliau memiliki satu cita-cita semasa membesar, iaitu menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Pada usia 18 tahun Ling telah mula berkecimpung di dalam dunia perniagaan apabila menjual herba dan ubatan tradisional cina. Beliau kemudian menjadi ejen insurans memandangkan industri insurans nyawa dan peribadi yang meningkat masa itu. Semangat dan ketekunan Ling membawanya ke arah kejayaan, dalam masa lima tahun beliau telah berjaya mencapai tahap pengurus. Namun beliau tidak berhenti untuk bermegah atau berbangga diri, padanya ini hanya langkah awal. Ling terus berusaha untuk meningkatkan dirinya dan telah mengambil kursus pembelajaran jarak jauh dalam jurusan pengurusan perniagaan. Akhirnya Ling mendapat sijil MBA. Ling ini memang memiliki hala tuju di dalam hidupnya!

Senantiasa berbuka mata mencari peluang keemasan, Ling membuat keputusan untuk menumpang populariti sukan futsal yang semakin diminati ramai. Dengan bantuan ayahnya yang merupakan seorang tukang kayu, Ling telah membina gelanggang futsalnya sendiri. Sambil menunggu perniagaan barunya ini untuk neningkat, Ling pula mencari sumber pendapatan lain dan akhirnya berjaya mendapat bekalan pakaian yang di tolak dari sebuah pengilang pakaian dengan harga yang rendah. Beliau mengaut keuntungan lumayan berniaga di beberapa lokasi. Perniagaannya baik sehingga beliau telah kehabisan stok. Tiada lagi apa-apa yang tertinggal untuk dijual.

Setakat ini Ling dapat menjalankan perniagaan tanpa memerlukan modal yang besar. Keadaan ini bakal berubah apabila pada tahun 2005 beliau membeli resepi membuat cendol dari seorang kawan yang telah berniaga menjual cendol di tepi jalan sejak tahun 1952. Ling mencari inspirasi bagaimana menjayakan perusahaannya yang terbaru ini. Beliau membuat keputusan untuk mempermodenkan konsep perniagaan yang tradisional ini. Dari titik inilah bermulanya Mr Cendol. Bersama seorang rakan, Ling mempertaruhkan wang sejumlah RM30,000 untuk memulakan sebuah kiosk kecil di sebuah pasaraya besar. Di sinilah, dengan bantuan kawan penjual cendolnya, Mr Cendol memulakan perniagaan. Perniagaannya berjaya sekali. Dalam bulan pertamanya, Ling memperoleh pendapatan sejumlah RM6,000. Mr Cendol menampilkan konsep yang baru dan bagus dan semakin popular. Enam bulan kemudian Ling dijemput untuk membuka sebuah lagi kiosk apabila sebuah pasaraya baru dibuka. Dengan yakin Ling telah melaburkan duit untuk membuka kiosk Mr Cendol yang kedua. Keyakinan mereka semakin tinggi apabila perniagaan kiosk baru ini mendapat sambutan yang lebih baik dari kiosk pertama.

Menjelang tahun 2009 Ling telah berjaya menubuhkan 7 cawangan baru. Dengan berkembangnya perniagaan, bermula pula masalah. Ling menghadapi masalah yang dihadapi perniagaan lain apabila mula berkembang – masalah pekerja, lojistik dan pengeluaran. Untuk menampung permintaan yang kian meningkat, Ling memerlukan modal yang lebih. Sebuah pusat pengeluaran utama diperlukan supaya pengeluaran lebih cekap. Peralatan baru juga diperlukan. Secara singkat, Ling memerlukan wang.

Ling mula mencari bank yang sanggup memberinya pinjaman. Namum dalam dua tahun mencuba, beliau hanya menemui kegagalan. Sehinggalah beliau menjumpai SME Bank di Ipoh. Dari saat itu, segalanya menjadi sejarah kebangkitannya.

Dengan sokongan dari SME Bank Ling akhirnya dapat membina sebuah dapur utama seluas 5,600 kaki persegi. Sebuah pusat latihan ditubuhkan supaya pekerjanya mampu memelihara piawaian mutu yang tinggi. Cawangan baru ditubuhkan di lokasi strategik di seluruh negeri Perak, khususnya kawasan penduduk ramai dan trafik tinggi (seperti Caltex, Esso & Petronas )and pasaraya besar (Giant & Econsave). Mr Cendol juga mula berkembang ke negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Mr Cendol senantiasa memperkenalkan produk yang inovatif seperti cendol ice-blend dan produk beku yang boleh dibawa pulang. Mereka juga sedang memasarkan perniagaan francais, malah telah juga mendaftar jenama Mr Cendol di luar negara dengan rancangan untuk berkembang ke pasaran luar negara kelak.