The Rubber Tapper?s Grandson

desc

 

Ideal Healthcare Sdn Bhd

Founder Dato' Dr Haminnuddin Bin Hj. Abd. Hamid
Industry Healthcare
Year Started 1996
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

The Rubber Tapper's Grandson

The founder and Managing Director of Ideal Healthcare Sdn Bhd is Dato' Dr Haminnuddin Bin Hj. Abd. Hamid, an experienced and accomplished veteran of the healthcare products industry. His story is truly an inspiration to all entrepreneurs young and old, a classic tale of humble beginnings leading to soaring success.

At a young age, he spent time in the rurals, living with his grandparents who made a living as rubber tappers. He even helped out with work at the rubber estates during the weekends, and his trademark dedication and diligence to his duties were honed at this early age. Being also a studious and intelligent student at school, it seemed certain he would grow up to become an achiever. It was also during these early years that the path to his destiny was written.

As he grew up into a smart young man his experiences in the rubber estates led him to make a decision that would lead him to the successful career that he enjoys today. As he progressed up the ranks of higher education, he chose to focus on Rubber Research. When he was given an opportunity to further his studies in this field in the United Kingdom, all his hopes and aspirations were indeed coming true.

In the United Kingdom he was offered an apprenticeship in the manufacturing of cathethers and other medical devices. He learned invaluable lessons in this industry and upon his return to 1974 he was immediately offered a position as a production manager in a new multinational company (from UK) in Sungai Petani that produced rubber-based disposable medical products specifically cathethers and endotracheal tubes. After 10 years with the company he moved on to the global medical and healthcare products giant Baxter Healthcare where he rose to the position of Regional Sales Director for Europe and the Middle East.

At the peak of his career, his innate entrepreneurial spirit arose. In 1996 he started a small business named Mutiara Medical in Penang which imported disposable medical products and distributed to the local market. Unfortunately the historic and disastrous Financial Crisis of '97 and '98 quickly put the brakes on his business as an exchange rate of USD1 to RM2.30 rose rapidly to RM4.30 and wiped out his profit margin. It was at his point that Haminnuddin decided to manufacture his own products to sell instead of having to import from overseas. Confident with his technical training and many years of experience in the industry, he set up Ideal Healthcare in 1999.

He enjoyed an early boost when he was able to get an incubator unit In Sungai Petani under SME Bank's Entrepreneur Premises Programme. He started his operations from this small factory space and was able to quickly expand his business. SME Bank provided critical support in the form of financing as well as technical training (especially in the fields of finance, entrepreneurship and business). Under his stewardship a company that started with just three persons on the payroll on an operating budget of RM100,000 grew to become one of Malaysia's leading manufacturer of healthcare products within 15 years. His Idealcare products are known as products of the highest quality, and are able to compete against products from the global manufacturing giants. His company now exports to 15 countries worldwide and they are already planning to move into a spanking new headquarters and factory premises that will quadruple his production capacity in order to meet increasing demand.

Cucu Si Penoreh Getah

Pengasas dan Pengarah Urusan Ideal Healthcare Sdn Bhd bernama Dato' Dr Haminnuddin Bin Hj. Abd. Hamid merupakan veteran yang berjaya serta berpengalaman di dalam industri produk perubatan. Kisah beliau adalah sebuah kisah inspirasi klasik seorang insan yang berasal dari latar belakang sederhana yang akhirnya mencapai kejayaan besar.

Pada usia muda beliau tinggal bersama atuk dan nenek yang bekerja di ladang getah. Setiap hujung minggu beliau membantu atuknya di ladang getah, dan pada usia yang muda ini telah belajar untuk melaksanakan tugas dengan dedikasi. Di sekolah beliau merupakan pelajar yang rajin dan cerdik dan menampakkan masa depan yang cemerlang. Pada masa usia muda ini juga takdirnya mula tersurat.

Apabila pemuda bijak ini melanjutkan pelajarannya, pengalaman semasa di ladang getah telah mendorongnya untuk mengambil keputusan yang akan membawanya ke arah kerjaya cemerlang. Apabila di beri peluang untuk belajar di United Kingdom, beliau telah memilih untuk mengambil jurusan penyelidikan getah. Segala harapan dan cita-citanya menjadi kenyataan.

Di United Kingdom Haminuddin menjadi pelatih dalam proses pembuatan kateter serta produk perubatan lain. Pengalaman yang ditimba dalam industri ini terlalu berharga dan apabila beliau kembali ke tanah air pada tahun 1974 beliau terus ditawarkan jawatan sebagai pengurus produksi di sebuah syarikat antarabangsa dari United Kingdom yang menghasilkan barangan perubatan pakai-buang yang diperbuat dari getah khususnya kateter dan tiub endotrakea, di Sungai Petani. Setelah 10 tahun bersama syarikat tersebut beliau telah menyertai syarikat gergasi global dalam industri perubatan dan penjagaan kesihatan, iaitu Baxter Healthcare. Bersama Baxter Haminuddin akhirnya naik sehingga pangkat Pengarah Jualan untuk rantau Eropah dan Timur Tengah.

Detik masa berada di kemuncak kerjayanya, semangat keusahawanan Haminuddin mula bangkit. Pada tahun 1996 beliau telah menubuhkan sebuah syarikat kecil di Pulau Pinang yang bernama Mutiara Medical yang mengimpot barangan perubatan pakai-buang untuk dijual di pasaran tempatan. Namun perniagaannya terjejas teruk apabila krisis kewangan melanda pada tahun '97 dan '98. Pertukaran matawang USD ke RM yang mulanya USD1 ke RM2.30 melonjat sehingga RM4.30, sekaligus melenyapkan kadar keuntungannya. Pada ketika krisis ini Haminuddin telah mengambil keputusan untuk menghasilkan produknya sendiri untuk dijual. Yakin dengan kemahiran teknikal dan juga pengalaman yang dimilikinya, beliau telah menubuhkan Ideal Healthcare pada tahun 1999.

Haminuddin mendapat bantuan berharga pada peringkat awal apabila syarikatnya diberi satu unit inkubator di bawah Program Premis Usahawan SME Bank. Bermula dari ruangan kilang yang kecil ini syarikatnya telah berjaya meningkatkan perniagaan dengan cepat. SME Bank telah memberi bantuan yang tak ternilai bukan sahaja di dalam bentuk pembiayaan, tetapi juga dalam bentuk latihan teknikal terutamanya dalam bidang kewangan, keusahawanan dan perniagaan. Di bawah bimbingan Haminuddin syarikat kecil yang bermula hanya dengan 3 orang pekerja dan wang modal RM100,000 di dalam tempoh 15 tahun telah berkembang dan menjadi antara pengeluar barangan perubatan yang terulung di Malaysia. Barangannya yang berjenama Idealcare dikenali sebagai barangan yang bermutu tinggi yang mampu menandingi barangan dari gergasi global dalam industri ini. Syarikatnya kini mengekspot ke 15 negara di seluruh dunia dan akan berpindah ke ibu pejabat dan tapak kilang yang baru yang akan melipatgandakan kadar pengeluaran supaya syarikat mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat.