The Dock Cleaner's Guide to Success

desc

 

Innate Synergy Sdn Bhd

Founder Abdul Malik bin Samat
Industry Oil & Gas
Year Started 1999
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

The Dock Cleaner's Guide to Success

The story of Abdul Malik Bin Samat is a classic entrepreneurial success story. Years of timeless effort and a burning entrepreneurial spirit have rewarded Malik well. He is the proud owner of the biggest bitumen depot in north of Peninsular Malaysia, a facility with a built-up holding capacity of 12,000 metric tons. What is the story behind his success?

When he started out in his career Malik was working as an ordinary dock cleaner. Day in and day out, he was only cleaning up the mess left behind by the oil tankers. Malik was grateful for the decent money he was earning from his humble job but he had bigger ambitions for his life.

He was able to see himself doing well in the industry, and thus he made plans to start a small business to trade in petroleum products. In 1999, with an initial capital of RM50,000 and armed with a sharp business mind, Malik started business with a humble workforce of 5 employees.

He supplied diesel and fuel oil to the industrial regions in northern Malaysia. Initially, he could only afford to rent diesel lorries to transport products and support his business growth. He? quickly learned how to compete and succeed. Malik got his first big breakthrough when he won a big contract to supply diesel and fuel oil to a major multi-national company.

As his company grew, Malik started to explore financing possibilities. As a small company Malik found it very difficult to even get an appointment with the commercial bankers. However Malik found a willing audience with SME Bank and was pleasantly surprised that the bank even took the initiative to help him with technical and financial consultancy. In 2009, Malik was provided with the financing that he needed - a whopping RM17 million under Pembiayaan Bai'Istisna (BIS), followed by another RM 9 million under Bai'Bithaman Ajil (BBA). With this much needed injection of capital and expertise, Malik's company was able to achieve remarkable growth.

The shining jewel of Malik's crown is his multi-million ringgit bitumen depot which he built from reclaiming a piece of swampland near the Butterworth jetty. It truly is a testament to his impressive entrpreneurial spirit and determination. The depot is strategically located with access to sea and air routes connecting it to major ports and cities around the globe.

With a workforce of almost 100 multi-talented professionals, Innate Synergy Sdn Bhd stands as a major supplier of petroleum products such as bitumen, diesel, MFO, LFO, LPG and lubricants. The company now owns a fleet of 30 owned and chartered Bitumen tankers and 5 ADO tankers. Next on Malik's list of things to do is to own his very own sea-going oil tanker. We look forward to seeing this dynamic entrepreneur chart his spectacular course!

Rahsia Kejayaan Pencuci Dermaga

Kisah Abdul Malik Bin Samat merupakan kisah usahawan berjaya yang klasik. Usaha mengerah keringat selama ini berserta semangat berjuang yang kental telah mengurniakan Malik dengan pencapaian cemerlang. Beliau merupakan pemilik depot bitumen yang paling besar di rantau utara Semenanjung Malaysia, sebuah terminal yang mampu menampung 12 ribu tan metrik. Apakah rahsia kejayaan Malik?

Malik hanya bermula sebagai seorang pencuci dermaga. Setiap hari kerjanya hanya membersihkan sisa-sisa yang ditinggalkan oleh kapal dan lori tangki minyak. Walaupun Malik bersyukur dengan pendapatannya yang sederhana, beliau memiliki cita-cita yang lebih besar.

Beliau yakin mampu mencipta kejayaan dalam industri ini, dan mula membuat perancangannya. Berbekalkan modal RM50 ribu serta minda usahawan yang jitu, Malik telah memberanikan diri dan memulakan perniagaannya pada tahun 1999. Syarikatnya yang mengupah 5 orang pekerja mula berkecimpung di dalam perniagaan jual-beli produk petroleum.

Syarikatnya membekal minyak diesel dan bahan api kepada kawasan perindustrian utara Semenanjung Malaysia. Pada awalnya Malik hanya mampu menyewa lori diesel untuk menjalankan perniagaannya. Dalam bertanding dengan syarikat pembekal yang lain beliau menimba pengalaman dan pembelajaran yang membantunya melakar kejayaannya yang sendiri. Malik meraikan kejayaannya yang pertama apabila mendapat kontrak untuk membekal diesel dan bahan api kepada sebuah syarikat antarabangsa yang besar.

Perniagaan Malik semakin meningkat; untuk menampung operasinya, Malik terpaksa mencari sumber dana pembiayaan. Sebagai sebuah syarikat yang kecil, Malik mendapati ianya teramat susah untuk meraih perhatian daripada bank-bank komersil. Di dalam kesulitan ini Malik telah menjumpai SME Bank yang bukan sahaja memberikannya perhatian yang sewajarnya, malah menghulurkan bantuan perundingan kewangan dan teknikal. Pada tahun 2009 Malik akhirnya mendapat suntikan dana yang diperlukannya ? pembiayaan sejumlah RM17 juta di bawah Pembiayaan Bai'Istisna (BIS), dan seterusnya RM9 juta di bawah Bai'Bithaman Ajil (BBA). Pertambahan modal ini telah membawa kepada pertumbuhan perniagaan yang amat ketara.

Depot bitumen yang bernilai puluhan juta ringgit di jeti Butterworth merupakan lambang kejayaan Malik. Dalam mencari lokasi yang sesuai untuk mencapai matlamatnya, Malik menjumpai tanah bekas paya bakau yang tidak berguna, berdekatan dengan jeti. Di sinilah semangat keusahawanan Malik yang cemerlang menyerlah, beliau berjaya mengubah sebidang tanah yang terbiar dan tak berguna menjadi tapak operasi yang besar. Depotnya berada di lokasi yang strategik yang menyambungkan operasinya dengan laluan udara dan laut utama, membolehkannya berhubung dengan pelabuhan dan kota serantau yang utama.

Innate Synergy Sdn Bhd kini memiliki tenaga kerja dalam pelbagai bidang yang berjumlah mencecah 100 orang; dan menjadi pembekal utama produk petroleum seperti as bitumen, diesel, MFO, LFO, LPG and minyak pelincir. 30 lori bitumen dan 5 tanker ADO menampung operasi pembekalan.?Matlamat Malik seterusnya adalah untuk memiliki kapal tangkinya yang sendiri. Kita bersama menunggu dan melihat pencapaian cemerlang yang seterunya dari usahawan yang dinamik ini!