The Boy Who Wanted To Fly

desc

 

Systematic Aviation Services Sdn Bhd

Founder Ismail bin Asha’ari
Industry Aviation
Year Started 1994
  1. The Story
  2. In B.Malaysia

The Boy Who Wanted to Fly

As a little boy, Ismail bin Asha’ari frequently visited his father who worked at the RAF in Changi, Singapore. It was here that he developed his life-long dream - a dream that became an ambition as he grew up - to fly planes! After finishing his studies at the Royal Military College, he applied to join the Air Force. Sadly, he failed his physical examination - his eyesight had let him down. As a result of this setback he decided to further his studies. Ismail did very well and was able to rise up the corporate ladder. He rose to the position of CEO in a large Malaysian transportation company, but his entrepreneurial fire as well as his childhood dreams never faded. Though he was unable to fly as a professional pilot, he joined the Royal Selangor Flying Club in order to fulfill his dreams of flying. He was able to obtain a Private Pilot's Licence and was finally able to fly. However though his dream had been reached, his entrepreneurial spirit told him that there was more to achieve. And so at the age of 44 he decided to start his own business in the aviation industry.

There were numerous hurdles in his way, he even had problems finding an office space at the Subang Airport. He finally settled this problem when he obtained permission to convert a small toilet into an office. And thus was the way his company first started out, in humble circumstances. With a team of 5, the company ventured into aircraft maintenance services, initially doing work for the Royal Selangor Flying Club and other small jobs. As with many other company first starting out, the company faced numerous challenges, especially cashflow problems. Ismail had to resort to credit card loans to pay his employees. Determination and love for the business gave Ismail the strength to survive the early years, and the company finally made its first breakthrough after 2 years in business when it was awarded the contract to provide aircraft maintenance services to the Department of Civil Aviation.

With a stable income flow, the company was able to plan for its growth. In 2007, the company needed to raise a Performance Bond of RM 315,000.00 for a large contract. Finding difficulty in talking to the commercial bankers, Ismail approached SME Bank. And the rest is history. SME Bank was able to provide Ismail's company with the performance bond, and has been there ever since to support Ismail and his company. In 2011 the company obtained a loan of RM15million to purchase a Bell 429 helicopter. In 2013 SME Bank gave the company another loan of RM8 million for the purchase of a Bell 407, and in 2014, a further RM22 million for purchasing new aircraft. The company was also able to call on the expert advisory assistance that SME Bank provides, which was instrumental in helping the company build its solid foundations, and allow Ismail to fulfill dream and ambitions in soaring fashion.

Impian Terbang Tinggi Seorang Budak

Sewaktu kecil, Ismail bin Asha'ari kerap melawat bapanya yang bekerja di RAF di Changi, Singapura. Di sinilah terukirnya impian beliau ? impian yang bertukar menjadi cita-cita semasa membesar iaitu menerbangkan sebuah pesawat! Sebaik selesai belajar di Maktab Tentera Diraja, beliau memohon untuk menyertai Tentera Udara. Malangnya, beliau gagal dalam pemeriksaan fizikal ? impiannya terkubur tatkala dimaklumkan tentang pelihatannya yang tidak sempurna. Di sebalik kekecewaan ini, beliau berazam untuk meneruskan pelajarannya. Berkat usaha yang gigih, Ismail berjaya dengan cemerlang dan pantas mendaki tangga korporat. Dia melangkah ke kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pengangkutan tempatan yang besar. Namun jauh di sudut hati, semangat keusahawanan dan impian zaman kanak-kanak tetap membara. Biarpun impian menjadi seorang juruterbang profesional kecundang di separuh jalan, beliau menyertai Kelab Penerbangan Di-Raja Selangor bagi memenuhi impiannya. Setelah sekian lama menanti, beliau memperoleh Lesen Juruterbang Persendirian lantas berjaya untuk terbang tinggi jauh di langit biru. Meskipun sebahagian daripada impiannya tercapai, semangat keusahawanan terus mengusik jiwanya dengan hasrat lain yang masih belum termakbul. Pada usia matang 44 tahun, beliau akhirnya memberanikan diri untuk melancarkan perniagaan sendiri dalam industri penerbangan.

Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi termasuk kesukaran mencari sebuah ruang pejabat yang sesuai di Lapangan Terbang Subang. Masalah ini selesai sebaik sahaja beliau mendapat kebenaran untuk mengubah suai sebuah tandas menjadi pejabat sementara. Begitulah permulaan kecil kepada syarikat milik persendiriannya di sebalik serba kekurangan. Dengan paduan mantap lima rakan sepasukan, syarikatnya menerokai perkhidmatan penyenggaraan pesawat. Pada awalnya, tumpuan diberikan kepada kerja-kerja yang diterima dari Kelab Penerbangan Di-Raja Selangor dan kerja sampingan yang lain. Di peringkat permulaan ini, syarikatnya turut tidak terlepas daripada ditimpa cabaran yang ada pasang surut terutamanya dari segi sumber kewangan. Ismail terpaksa menggunakan khidmat pinjaman kad kredit bagi melangsaikan pembayaran gaji kepada tenaga pekerja di syarikatnya. Berbekalkan ketabahan dan rasa cinta pada perniagaan yang diasaskannya itu meniupkan semangat dalam dirinya untuk terus melangkah maju. Hampir dua tahun berjagung, perniagaannya menerima ganjaran yang setimpal apabila dianugerahi dengan kontrak khidmat penyenggaraan daripada Jabatan Penerbangan Awam.

Memandangkan syarikatnya kini berjaya mempunyai aliran tunai yang stabil, ini sekaligus membolehkan perlaksanaan rancangan pertumbuhan syarikat. Pada 2007, syarikatnya perlu menjana Bon Prestasi sebanyak RM315,000.00 dalam usaha merangkul sebuah kontrak besar. Setelah kecewa meraih pinjaman dari bank komersial, Ismail mengalihkan tumpuan kepada SME Bank. Bak kata orang, yang selebihnya menjadi satu lipatan sejarah yang manis. SME Bank bersetuju untuk menawarkan bon prestasi kepada syarikat Ismail dan semenjak itu, SME Bank menghulurkan sokongan yang jitu dalam apa jua langkah yang diambilnya. Pada 2011, syarikatnya berjaya mendapat kelulusan khidmat pinjaman sebanyak RM15 juta bagi membeli sebuah unit helikopter Bell 429. Pada 2013, sekali lagi SME Bank menyediakan khidmat pinjaman sebanyak RM8 juta bagi membeli sebuah unit helikopter Bell 407 dan diikuti dengan pinjaman sebanyak RM22 juta pada 2014 bagi membeli sebuah pesawat. Syarikatnya turut disediakan dengan bantuan pakar penasihat SME Bank yang banyak membantu memperkukuhkan kedudukan asas syarikat lalu mengotakan impian si kecil yang terus mengorak langkah demi langkah ke hadapan.