Y-Biz Challenge 2018

desc

  1. Pengenalan | Objektif | Matlamat
  2. Terma | Syarat
  3. Format
  4. Jadual
  5. FAQ
  6. Pendaftaran Awal
PENGENALAN

Menyedari akan kepentingan untuk memupuk dan membimbing usahawan masa hadapan, SME Bank telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu program khas untuk mempromosikan bidang keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia. Program Tanggungjawab Korporat yang berbentuk pertandingan ini bertajuk, Program Inovasi Usahawan Muda - “SME Bank Y-Biz Challenge”

SME Bank akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelaksanaan program ini bagi menjadikan pertandingan ini sebagai satu program khas (Signature Event) SME Bank yang disokong oleh KPM.

 

OBJEKTIF

Tujuan program ini adalah untuk memupuk dan membimbing usahawan masa hadapan dengan menimbulkan minat dan memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan kreativiti mereka. Melalui program ini juga, para pelajar akan memperoleh pengalaman dan pendedahan dalam bidang keusahawanan seterusnya menimbulkan minat untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pada masa hadapan.

 
MATLAMAT

I. Menerapkan minat terhadap keusahawanan dengan menggunakan konsep ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’.
II. Keusahawanan sebagai kerjaya ‘Pilihan’.
III. Melahirkan kumpulan pemikir di kalangan pelajar.
IV. Melahirkan usahawan masa hadapan.

TERMA & SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah PERCUMA.

2. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan sekolah pendidikan swasta.

3. Mestilah mempunyai Kelab Keusahawanan, Kelab Usahawan Muda atau Koperasi Sekolah melebihi dari satu (1) tahun.

4. Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dan pasukan yang dianggotai seramai tiga (3) orang ahli dan satu (1) orang guru pembimbing.

5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pihak sekolah yang membawa pelajar tambahan iaitu melebihi daripada jumlah ahli yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

6. Setiap idea atau produk yang dihasilkan mestilah asli dan menepati kriteria yang telah ditetapkan. Idea atau produk yang pernah memenangi mana-mana pertandingan atau terdapat unsur peniruan dalam penghasilan idea adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

7. Sekiranya sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta didapati tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya.

8. Setiap idea atau produk yang dihasilkan adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat 'SME Bank Y-Biz Challenge' menggunakan produk tersebut bagi tujuan promosi sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

9. Perlindungan idea atau produk (akta perlindungan Harta Intelek) adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan sekiranya ada mana-mana pihak yang meniru idea atau produk peserta untuk dibangunkan secara tidak sah tanpa pengetahuan penganjur, ia adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.

10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan dokumen atau produk sebelum, semasa dan selepas penyertaan.

11. Setiap pasukan yang terpilih dikehendaki menghadiri tiga (3) peringkat seperti berikut:

    1. Peringkat Awal
      • Juri akan membuat penilaian dan memilih 20 pasukan yang layak berdasarkan kertas cadangan projek yang dihantar.
    2. Peringkat Separuh Akhir / Boot camp
      • 20 pasukan dikehendaki menghadiri sesi boot camp selama 3 hari 2 malam.
      • 20 pasukan perlu membuat pembentangan dan juga membawa produk yang berfungsi untuk dinilai oleh panel juri.
      • Panel juri akan memilih 10 pasukan yang layak untuk ke peringkat seterusnya.
      • Semua kos pengangkutan untuk membawa produk hendaklah ditanggung oleh pihak sekolah.
    3. Peringkat Akhir & Majlis Penyampaian Hadiah
      • 10 pasukan yang terpilih dikehendaki membuat pembentangan di hadapan panel juri mengenai perlaksanaan projek dan pembentangan produk masing-masing yang telah dibuat penambahbaikan.

12. Setiap sekolah hendaklah melengkapkan borang penyertaan yang boleh diperolehi daripada laman web www.yoursuccessourstory.com. Borang penyertaan dan kertas cadangan projek yang telah lengkap hendaklah dihantar menerusi laman web yang telah diberikan sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.

FORMAT PERTANDINGAN

 

Peringkat Awal
  1. Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja. Borang penyertaan berserta kertas cadangan projek hendaklah dihantar secara atas talian sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.
  2. Borang penyertaan, Garis Panduan Kertas Cadangan projek, Jadual dan Terma & Syarat pertandingan boleh diperolehi di laman web www.yoursuccessourstory.com.
  3. Kertas cadangan perlulah mengikut format yang telah ditetapkan. SME Bank berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat.
  4. Kertas cadangan projek perlu dihantar dengan memuat naik melalui laman web rasmi www.yoursuccessourstory.com.
  5. Panel juri yang dilantik oleh penganjur akan membuat penilaian ke atas kertas cadangan projek dan pemilihan sekolah yang layak ke peringkat seterusnya.

Peringkat Separuh Akhir
  1. 20 sekolah yang terpilih perlu menghadiri sesi bootcamp selama 3 hari 2 malam beserta guru pembimbing di lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
  2. Wang modal sebanyak RM1,000.00 akan diberikan untuk menyiapkan prototaip produk.
  3. Para pelajar dikehendaki membuat pembentangan kertas cadangan projek berserta produk yang boleh berfungsi sepenuhnya dihadapan panel juri.
  4. Panel juri akan membuat penilaian dan memilih 10 pasukan untuk ke peringkat akhir.
  5. Pihak penganjur akan membuat pengumuman melalui surat / Facebook / laman web www.yoursuccessourstory.com.
 
Peringkat Akhir
  1. Pada peringkat akhir, setiap pasukan akan diberi masa selama 10 minit untuk membuat pembentangan dihadapan panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
  2. Panel juri akan mengemukakan soalan kepada setiap pasukan selama 5 minit.
  3. Pemenang akan dipilih bagi projek yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

 

Penilaian / Permarkahan

1. SME Bank berhak melantik mana-mana panel juri bagi membuat penilaian ke atas kertas cadangan projek dan prototaip produk. Setiap keputusan yang dibuat oleh panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

2. Penilaian adalah berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:

Peringkat Awal

%

Peringkat Separuh Akhir

%

Peringkat Akhir

%

Dokumentasi

100

Dokumentasi

25

Dokumentasi

20

 

 

Pembentangan

35

Pembentangan

60

 

 

Prototaip Produk

35

Persembahan

20

 

 

Persembahan

5

 

 


3. Pada peringkat separuh akhir seramai empat (4) orang juri profesional yang dilantik oleh penganjur akan membuat penilaian ke atas kertas cadangan projek dan mengemukakan soalan kepada setiap pasukan. Manakala satu (1) orang ketua juri yang dilantik oleh penganjur akan menjadi ketua hakim pada peringkat akhir pertandingan tersebut. Seorang juruaudit profesional akan dilantik oleh pihak penganjur bagi mengesahkan keputusan permarkahan yang dibuat oleh panel juri.

4. Dua (2) orang pembantu akan berada bersama panel juri semasa pertandingan tersebut untuk menjaga masa dan jurukira markah.

JADUAL PERTANDINGAN
Bil Perkara

Bulan

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt
1 Pendaftaran awal secara online 15 Dis 2017 - 28 Feb 2018                
2 Penghantaran kertas cadangan projek     1 Mac - 30 Apr            
3 Penilaian kertas cadangan projek         7 Mei          
4 Pengumuman ke peringkat separuh akhir         10 Mei          
5 Boot camp dan Pertandingan peringkat separuh akhir (Pembentangan produk)             23-25 Jul      
6 Pertandingan peringkat akhir                   22 & 23 Okt
7 Majlis penyampaian hadiah                   24 Okt

 

Hadiah-Hadiah

Hadiah Juara RM15,000.00 untuk kumpulan + RM5,000.00 untuk sekolah berserta trofi + sijil penyertaan + Piala Pusingan SME Bank
Hadiah Kedua RM12,000.00 untuk kumpulan + RM3,000.00 untuk sekolah berserta trofi + sijil penyertaan
Hadiah Ketiga RM8,000.00 untuk kumpulan + RM2,000.00 untuk sekolah berserta trofi + sijil penyertaan
Hadiah Saguhati RM2,000.00 untuk kumpulan + RM1,000.00 untuk sekolah berserta trofi + sijil penyertaan
Hadiah Khas Tiket penerbangan @ RM25,000.00

 

 

PENDAFTARAN AWAL
Sekolah-sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki membuat pendaftaran awal dengan mengisi maklumat di bawah:
Nama Sekolah
Alamat Sekolah
Nama Guru
No Telefon Guru
Emel Guru

 

 

PERTANYAAN

Sekretariat SME Bank Y-Biz Challenge
Nama: Saripah Radziah Sayed Hamid / Norhamira Amir Sharippuddin / Shamiza Adila Mohamad Shuhaimi
Telefon: 03-2615 3868 / 03-2615 2002 / 03-2615 2111
Faks: 03-2698 1659
Emel: ybc@smebank.com.my
Facebook: SME Bank Y-Biz Challenge