90 Days Biz Challenge 2019

desc
  1. Pengenalan
  2. Terma / Syarat
  3. Format
  4. Jadual
  5. Pertanyaan
PENGENALAN

SME Bank dengan kerjasama Bahagian Kolaborasi dan Keusahawanan, Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan SME Bank 90-Days Biz Challenge untuk pelajar-pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

 

OBJEKTIF

Program ini adalah untuk mendidik dan memupuk usahawan masa depan dengan mewujudkan minat dalam bidang keusahawanan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

TERMA & SYARAT PENYERTAAN
  1. Penyertaan adalah PERCUMA.

  2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

  3. Setiap penyertaan mestilah mempunyai kriteria-kriteria berikut:
      i. Menubuhkan pernigaan yang baharu;
    ii. Perniagaan mesti dilaksanakan;
    iii. Pelan pemasaran yang baik;
    iv. Perniagaan yang kompetitif
  4. Sekiranya sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta didapati tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya. Penukaran ahli pasukan tidak dibenarkan.

  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan dokumen atau produk sebelum, semasa dan selepas penyertaan.

  6. 20 pasukan yang terpilih ke peringkat akhir dikehendaki menghadiri sesi boot camp selama 3 hari 2 malam.

  7. Setiap kumpulan hendaklah melengkapkan borang penyertaan yang boleh diperolehi daripada laman web www.yoursuccessourstory.com. Borang penyertaan dan kertas cadangan projek yang telah lengkap hendaklah dihantar menerusi laman web sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan.

  8. Semua kos pengangkutan dan penginapan untuk ke tempat pertandingan pada peringkat akhir hendaklah ditanggung oleh pihak Politeknik dan Kolej Komuniti.

  9. Semua peserta akan didaftarkan sebagai ahli Alumni SME Bank 90-Days Biz Challenge.

  10. Keputusan juri adalah muktamad.


FORMAT PERTANDINGAN
  1. Pada peringkat awal, setiap pelajar akan diberi taklimat pertandingan dan taklimat keusahawanan.

  2. Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan kertas cadangan projek dan dihantar melalui laman web www.yoursuccessourstory.com. 20 pasukan terbaik akan dipilih oleh panel juri ke peringkat akhir.

  3. 20 pasukan akan bersaing di pusingan akhir dan wang modal sebanyak RM1,000.00 akan diberikan kepada setiap pasukan.

  4. 20 pasukan dikehendaki menghadiri sesi boot camp selama 3 hari 2 malam.

  5. Setiap pasukan tersebut dikehendaki menghasilkan video perkembangan perniagaan sebanyak dua (2) kali dengan menggunakan format mp4 (maksimum video 3 minit) dan akan dimuat naik di laman web www.yoursuccessourstory.com

  6. Video-video yang dimuatnaik berpeluang mendapat undian daripada pengunjung laman web dengan menekan 'like' untuk membantu pasukan kegemaran mereka mendapat markah tambahan.

  1. Pada peringkat akhir, setiap pasukan dikehendaki membuat pembentangan mengenai pencapaian perniagaan selama 20 minit di hadapan panel juri dan 10 minit sesi soalan jawab.

    8. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah.
JADUAL PERTANDINGAN

 
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat 'SME Bank 90-Days Biz Challenge'

Ahmad Tarmizi Abdul Ghafar
03 26152062

Asrin Aspuri
03 26152064

90daysbizchallenge@gmail.com