90 Days Biz Challenge 2017

desc
  1. Pemakluman
  2. Pengenalan
  3. Terma / Syarat
  4. Aktiviti
  5. Artikel
  6. Pertanyaan
 
Persembahan Video Kedua

Anda boleh melihat persembahan video kedua dari 20 kolej komuniti yang telah dimuat naik.

Klik untuk menonton video yang dihantar oleh peserta.

 
PEMAKLUMAN KEPUTUSAN PERINGKAT AWAL

Sebanyak 87 Kolej Komuniti telah menghantar penyertaan pertandingan SME Bank 90-Days Business Challenge 2017. Pihak juri profesional telah membuat penilaian ke atas kertas Rancangan Perniagaan dan memilih 20 Kolej Komuniti berdasarkan kepada kriteria dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

SME Bank akan memberikan wang modal berjumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) ke dalam akuan syarikat seperti yang telah didaftarkan oleh peserta Kolej Komuniti bagi menjalankan perniagaan dan seterusnya membentangkan kemajuan perniagaan dari bulan Januari sehingga Mei 2017 di hadapan panel juri.

Tahniah kepada 20 Kolej Komuniti yang mara ke peringkat akhir:

No

Nama Kolej

Nama Syarikat / Firma

1

Kolej Komuniti Kuching

Huahana Services

2

Kolej Komuniti Bandar Penawar

CCS Leli Enterprise

3

Kolej Komuniti Tawau

Annisaa Enterprise

4

Kolej Komuniti Bentong

Golden Jaya Enterprise

5

Kolej Komuniti Taiping

Holla Mamamia Spa

6

Kolej Komuniti Lahad Datu

Sukma'que Enterprise

7

Kolej Komuniti Masjid Tanah

I NA Gadget

8

Kolej Komuniti Ledang

Suci Global Trading

9

Kolej Komuniti Kluang

Frangipani Premium Resources

10

Kolej Komuniti Kok Lanas

Suria Amanda Resources

11

Kolej Komuniti Sik

KIS Satay Caf?

12

Kolej Komuniti Bandar Darulaman

Geestar Motor Garage

13

Kolej Komuniti Tambunan

Mangifera Enterprise

14

Kolej Komuniti Paya Besar

TMN Resources

15

Kolej Komuniti Selayang

MFAA Maju Resources

16

Kolej Komuniti Jerantut

JER Global Resources

17

Kolej Komuniti Bandar Tenggara

Avershine Services

18

Kolej Komuniti Tanjong Karang

Karang Studio Outlet

19

Kolej Komuniti Arau

Saudagar Online Enterprise / Inkubator Doctor Computer Centre

20

Kolej Komuniti Kota Marudu

KM-Air-Cond Servis Enterprise

 

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Setiap pasukan dikehendaki menghasilkan video perkembangan perniagaan berdasarkan ketetapan berikut:.

  1. Durasi video tidak melebihi 4 minit.
  2. Format video adalah mp4 sahaja dan latarbelakang muzik atau audio mestilah bebas dari isu hakcipta (copyright).
  3. Video tersebut perlu dimuat naik menggunakan google drive dan pautan (shared link) perlu dihantar ke 90daysbizchallenge@gmail.com
  4. Penghantar video mengikut jadual di bawah:

    Bil

    Tarikh penghantaran

    Kandungan video

    1.

    13 ? 19 Mac 2017

    1. Penerangan ringkas mengenai syarikat

    2. Aspek Teknikal

    3. Aspek Kewangan

    2.

    23 ? 29 Mac 2017

    1. Aspek Pengurusan

    2. Aspek Pemasaran

  5. Pihak Sekreteriat akan memuat naik video tersebut di dalam portal www.YourSuccessOurStory.com bahagian 90Days Biz Challenge 2017.
  6. Setiap pasukan perlu menyebar luaskan maklumat kepada pelajar-pelajar kolej komuniti yang lain dan orang ramai untuk memilih video yang terbaik dengan membuat undian menekan butang 'like' pada video tersebut.
  7. Video yang paling banyak mendapat 'like' akan mendapat markah yang tinggi.
  8. Kumpulan yang tidak menghantar video dan tidak mendapat 'like' tidak akan mendapat markah.
  9. Keputusan juri adalah muktamad.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi sekretariat:

Bil

Nama

No. Telefon

1.

Saripah Radziah Sayed Hamid

03-26153868

2.

Ahmad Tarmizi Abdul Ghafar

03-26152062

3.

Asrin Aspuri

03-26152064

 

 

BORANG PENYERTAAN & FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN
BORANG PENYERTAAN - muat turun FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN - muat turun

Garispanduan Kertas Rancangan Perniagaan - muat turun

 

 
 
PENGENALAN

SME Bank dengan kerjasama Bahagian Kolaborasi dan Keusahawanan, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan SME Bank 90-Days Biz Challenge untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

 

OBJEKTIF

Program ini adalah untuk mendidik dan memupuk usahawan masa depan dengan mewujudkan minat dalam bidang keusahawanan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

TERMA & SYARAT PENYERTAAN
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti ‘program inkubator’. Setiap Kolej Komuniti hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) penyertaan.

  2. Peserta dikehendaki untuk mendaftar dan menghantar penyertaan secara online melalui laman web ini. Seorang pensyarah diperlukan sebagai pembimbing.

  3. Semua kos pengangkutan dan penginapan untuk ke tempat pertandingan pada peringkat akhir hendaklah ditanggung oleh pihak Kolej Komuniti.

  4. Sekiranya sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta didapati tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya. Penukaran ahli pasukan tidak dibenarkan.

  5. Keputusan juri adalah muktamad.

 

FORMAT PERTANDINGAN
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua Kolej Komuniti di Malaysia.

  2. Pelajar dikehendaki untuk membentuk satu pasukan dan menubuhkan sebuah syarikat di bawah 'program Inkubator' seperti yang dikehendaki oleh Kolej Komuniti.

  3. CEDAR akan memberikan ceramah mengenai keusahawanan kepada peserta yang terdiri daripada 4 unsur:
  1. Pengurusan
2. Teknikal (produk / perkhidmatan)
3. Kewangan
4. Pemasaran
  1. Setiap pasukan akan dibimbing melalui interaksi dan sesi latihan. Artikel-artikel mengenai keusahawanan akan diterbitkan dalam portal, YourSuccessOurStory.com. selepas ceramah tersebut.

  2. Penyerahan cadangan projek akan dilakukan secara dalam talian dan pemilihan 20 penyertaan terbaik akan dibuat oleh 4 panel hakim dari MOE, SME Bank, CEDAR dan Usahawan jemputan.

  3. Kriteria projek:
  i. Menubuhkan perniagaan baru
ii. Perniagaan mestilah berdaya maju
iii. Pelan pemasaran yang baik
iv. Perniagaan yang kompetitif
  1. 20 pasukan akan bersaing di pusingan akhir dan diberikan wang modal sebanyak RM500 untuk melaksanakan projek mereka.

  2. Setiap pasukan dikehendaki memuat naik video sebanyak 2 kali (maksimum 3 minit) bagi menunjukkan kemajuan projek melalui laman web ini dan pengunjung berpeluang untuk mengundi ‘like’ pasukan kegemaran mereka. Markah akan diperuntukkan bagi projek-projek yang menerima undi tertinggi.

  3. Pada peringkat akhir setiap pasukan dikehendaki membuat pembentangan mengenai pencapaian perniagaan selama 20 minit di hadapan panel juri manakala 10 minit bagi sesi soal jawab.

  4. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah.

 

AKTIVITI
  1. Aktiviti - Taklimat 90-Days Biz Challenge - klik sini
  2. Showcase SDSI 2016 @ MITC, Melaka - klik sini

 

ARTIKEL

1. Penyediaan Kertas Rancangan Perniagaan - klik sini

2. 4 Petua ke Arah Kejayaan Pengurusan Sumber Manusia - klik sini

3. 5 Kuasa yang Bertindak ke atas Model Pernigaan Anda - klik sini

4. 5 Sebab Perniagaan Perlukan Teknologi Mudah Alih - klik sini

5. Ciri-Ciri Usahawan 'start-up' - klik sini

6. Konsep Baru Kedai Fizikal - klik sini

7. Premis Perniagaan Elok Sewa atau Beli - klik sini

8. Tips Membuat Laman Web - klik sini

9. Get Ready to Sell Online - klik sini

10. How to Have An Indomitable Spirit During Sales Recession - klik sini

11. Strategies for Retailers in Tough Times - klik sini

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat 'SME Bank 90-Days Biz Challenge 2016'

Saripah Radziah Sayed Hamid 03 2615 3868
Ahmad Tarmizi Abdul Ghafar 03 2615 2062 
Asrin Aspuri 03 2615 2064 
Sarah Hanis Abdullah Sani 03 2615 2915