90 Days Biz Challenge

desc
  1. Pemakluman
  2. Video
  3. Pengenalan & Objektif
  4. Terma / Syarat / Format
  5. Muat Turun Artikel
  6. Pertanyaan
TAHNIAH PARA PEMENANG


Klik sini untuk pengumuman

 
PEMAKLUMAN


Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak 20 kolej komuniti telah pun layak memasuki peringkat akhir bagi Program Usahawan Muda - ?SME Bank 90-Days Business Challenge?. Pihak juri yang terdiri daripada SME Bank, CEDAR dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti telah membuat penilaian ke atas kertas cadangan perniagaan tersebut berdasarkan kepada kriteria dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah senarai 20 kolej komuniti yang akan mara ke peringkat akhir:-

No

Negeri

Nama Kolej

Nama Syarikat / Firma

BIDANG

1

Johor

Kolej Komuniti Ledang

Sinar Yumni Trading

MAKAN & MINUMAN

2

Johor

Kolej Komuniti Kota Tinggi

Tracom Enterprise

MAKAN & MINUMAN

3

Kedah

Kolej Komuniti Jerai

Mikha Jerai Global Enterprise

PELANCONGAN

4

Kedah

Kolej Komuniti Sik

Sik Caf?

MAKAN & MINUMAN

5

Kelantan

Kolej Komuniti Kok Lanas

Luxury Touch Beauty & Spa

KECANTIKAN DAN SPA

6

Melaka

Kolej Komuniti Jasin

Jasin Shoot Creative

PHOTOGRAFI

7

Melaka

Kolej Komuniti Kota Melaka

Bella Qassandra Spa And Beauty

KECANTIKAN DAN SPA

8

Melaka

Kolej Komuniti Masjid Tanah

IZ Fhata Scape

LANDSKAP

9

Melaka

Kolej Komuniti Selandar

S P U Aircond Services

AIRCOND

10

Melaka

Kolej Komuniti Bukit Beruang

House of Denim

FESYEN

11

Negeri Sembilan

Kolej Komuniti Rembau

Organo Herbs Enterprise

MAKAN & MINUMAN

12

Pahang

Kolej Komuniti Paya Besar

SMT Empire Resources

PERCETAKAN

13

Pahang

Kolej Komuniti Raub

Kasidah Design

FESYEN

14

Perak

Kolej Komuniti Teluk Intan

Pro Creative Enterprise

PERCETAKAN

15

Perak

Kolej Komuniti Taiping

De Dededaun Spa

KECANTIKAN DAN SPA

16

Perak

Kolej Komuniti Sungai Siput

Affa Services

PERKHIDMATAN

17

Pulau Pinang

Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Le Sweeties Enterprise

MAKAN & MINUMAN

18

Pulau Pinang

Kolej Komuniti Nibong Tebal

Hantaf Enterprise

MAKAN & MINUMAN

19

Sabah

Kolej Komuniti Sandakan

Sambalicious Paste Resources

MAKAN & MINUMAN

20

Selangor

Kolej Komuniti Kuala Langat

Inspirasi Photo & Design

PERCETAKAN

Untuk langkah seterusnya, setiap pasukan yang telah berjaya memasuki peringkat akhir adalah dikehendaki menghasilkan video persembahan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  1. Setiap pasukan dikehendaki membuat video persembahan iaitu selama 4 minit.
  2. Format video adalah mp4 sahaja.
  3. Muat naik video anda ke akaun Dropbox anda (atau mana-mana aplikasi yang menyediakan perkhidmatan untuk menyimpan video tersebut seperti Google Drive, Sendspace dan sebagainya).
  4. Hantar URL untuk muat turun video tersebut ke ( info@yoursuccessourstory.com )
  5. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 2 video iaitu seperti berikut:

    Bil

    Tarikh penghantaran

    Tarikh muatnaik dalam portal dan ?like?

    Kandungan video

    1.

    23 Nov ? 6 Dis 2015

    7 ? 13 Dis 2015

     

     

    1. Penerangan ringkas mengenai syarikat

    2. Aspek pengurusan

    3. Aspek Pemasaran

    2.

    7 ? 20 Dis 2015

    21 ? 27 Dis 2015

     

    1. Aspek Teknikal

    2. Aspek Kewangan


  6. Pihak Sekreteriat akan membuat memuat naik video di dalam portal www.YourSuccessOurStory.com.
  7. Setiap pasukan bolehlah menyebar luaskan maklumat kepada pelajar-pelajar kolej komuniti yang lain dan orang ramai untuk memilih video persembahan yang terbaik dengan membuat undian menekan butang ?like? pada video tersebut.
  8. Video yang paling banyak mendapat ?like? akan mendapat markah yang tinggi.
  9. Kumpulan yang tidak menghantar video persembahan dan tidak mendapat ?like? tidak akan mendapat markah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sekretariat 'SME Bank 90-Days Business Challenge'

Bil

Nama

No Telefon

1.

Saripah Radziah Sayed Hamid

03 2615 3868

2.

Ahmad Tarmizi Abdul Ghafar

03 2615 2062

3.

Asrin Aspuri?

03 2615 2064

4.

Sarah Hanis Abdullah Sani

03 2615 2915

Tahniah kepada 20 kolej komuniti yang telah berjaya ke peringkat akhir, kepada kolej komuniti yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada masa hadapan.

VIDEO

 

Keputusan Video Kedua

Klik sini untuk keputusan View/Like Video Kedua

 

Persembahan Video Kedua

Saksikan persembahan video ke-2 dari 20 Kolej Komuniti dan sokongan anda diperlukan untuk membuat ?like? pada video-video tersebut dari 22 sehingga 29 Disember 2015.

Klik untuk menonton video yang dihantar oleh peserta.

 

 

Keputusan Video Pertama

Klik sini untuk keputusan View/Like Video Pertama

Persembahan Video Pertama

Anda boleh melihat persembahan video pertama dari 20 kolej komuniti yang telah dimuat naik pada 7 Disember 2015.

Klik untuk menonton video yang dihantar oleh peserta.

 

PENGENALAN

SME Bank melalui program Tanggungjawab Korporat, telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu program khas iaitu Program Usahawan Muda ?SME Bank 90-Days Business Challenge? untuk memberi peluang kepada golongan belia di Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan.

 

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk melatih dan memupuk usahawan masa hadapan dengan mewujudkan minat dalam bidang keusahawanan dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

TERMA & SYARAT PENYERTAAN

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti ?program inkubator?. Setiap Kolej Komuniti hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) penyertaan.

2. Peserta dikehendaki untuk mendaftarkan penyertaan secara online melalui laman web ini. Seorang pensyarah diperlukan sebagai pembimbing.

3. Setiap penyertaan mestilah mempunyai kriteria-kriteria berikut:

  • Menubuhkan perniagaan yang baharu;
  • Perniagaan mesti dilaksanakan;
  • Pelan pemasaran yang baik;
  • Perniagaan yang kompetitif

4. Semua kos pengangkutan dan penginapan untuk ke tempat pertandingan pada peringkat akhir hendaklah ditanggung oleh pihak Kolej Komuniti.

5. Sekiranya sebarang maklumat yang diberikan oleh peserta didapati tidak menepati syarat, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaannya. Penukaran ahli pasukan tidak dibenarkan.

6. Keputusan juri adalah muktamad.

 

FORMAT PERTANDINGAN

1. Pada peringkat awal, setiap pasukan akan diberi bimbingan keusahawanan melalui artikel-artikel yang akan disiarkan melalui laman web ini.

2. 6 siri artikel yang berkaitan dengan keusahawanan akan diterbitkan dan dimuatnaik di laman web ini dalam tempoh 2 bulan.

3. Pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menggunakan maklumat yang diperolehi daripada artikel-artikel tersebut untuk digunakan dalam menyediakan kertas cadangan perniagaan.

4. Kertas cadangan perniagaan hendaklah dihantar melalui laman web ini (di bahagian ?Kertas Cadangan Perniagaan?) dan 20 pasukan terbaik akan dipilih oleh panel juri.

5. 20 pasukan tersebut akan bersaing di pusingan akhir dan wang modal sebanyak RM500 akan diberikan kepada setiap pasukan.

6. 20 pasukan tersebut dikehendaki memuat naik video (maksimum 3 minit) menunjukkan perkembangan projek melalui laman web ini di bahagian ?Perkembangan Perniagaan? pada setiap minggu. Video yang dimuatnaik berpeluang mendapat undian daripada pengunjung laman web dengan menekan ?like? untuk membantu pasukan kegemaran mereka mendapat markah tambahan.

7. Pada peringkat akhir, setiap pasukan dikehendaki membuat pembentangan mengenai pencapaian perniagaan selama 20 minit di hadapan panel juri. 10 minit diberikan kepada panel juri untuk mengemukakan soalan kepada setiap pasukan.

8. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah.

 

FORMAT KERTAS RANCANGAN PERNIAGAAN - muat turun

MUAT TURUN ARTIKEL
1 Artikel 1: Modul 1 - 3
Powerpoint file 8.5mb
>> muat turun
2 Artikel 2: Modul 4 - 5
Powerpoint file 10mb
>> muat turun
3 Artikel 3: Modul 6 - 8
Powerpoint file 11.3mb
>> muat turun
4 Artikel 4: Modul 9 - 10
Powerpoint file 13.7mb
>> muat turun
5 Artikel 5: Modul 11 - 12
Powerpoint file 18.3mb
>> muat turun
6 Artikel 6: Modul 13 - 15
Powerpoint file 4.4mb
>> muat turun


PERTANYAAN

Sekretariat 'SME Bank 90-Days Business Challenge'
Nama : Saripah Radziah Sayed Hamid / Ahmad Tarmizi Abdul Ghafar / Norhamira Amir Sharippuddin / Asrin Aspuri
Talipon : 03 2615 3868 / 03 2615 2062 / 03 2615 2002 / 03 2615 2064
Faks : 03 26981659

 

desc